hati...
terlalu pedih dirimu nak ku belai
andai mampu ku rawat
pasti parutnya yang menyentuh perasaan
engkau
andai ku mampu luahkan apa yang terdetik di hati ini
ku pasti engkau tersentap
kerana
luka ini engkau penyebabnya
engkau
andai ini lumrahnya
pasti aku kan menderita
kerana
aku tidak lagi mahu terluka
dibenci oleh engkau
yang beraja di hati ini
engkau
jika bisa ku ulang masa
semestinya engkau jua yang ku sanjung
engkau jua yang ku harap
dan engkau jua yang ku puja
engkau
walau engkau merasakan
madu itu sudah tiada
jadikan rasa manis itu sebagai penawar
aku akan tetap menanti bahagia itu menjelma
No comments:
Post a Comment