Monday, December 13, 2010
Tipah tertipu
wa rasa tertipu seh...janji lain tetibe lain...leh kate cam haram rrr...kompani besar yg sangat dikenali ramai pun ade masalah cam ni...xsangka lak aku...masalah politikus yg senantiasa melanda dalam syarikat2 besar neh...
aku ingat kije dgn gomen je ade masalah kipas2..belit2...tipu2 neh...rupenye kat sini pun ade...so aku kene terima hakikat yg sedang berlaku...terima dengan redhonye...
aku harap ape yang berlaku harini ade hikmah yang tersembunyi...mane la tau peluang aku untuk maju dalam kerjaya cerah dan terbentang luas...
doa2 kan aku ek...pliiiissssssssss
Tuesday, July 27, 2010
..............
Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain.
Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.
Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"
Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?".
"Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"
"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"
"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun"
Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini"
Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"
Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya. "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"
"Terima kasih Ayah"
Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu. Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya. Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada pada tangannya. Dia berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya.
Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal. Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan.
Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi.
Akhirnya pintu rumah itu dibuka. Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih.
"Nak, apa yang makcik boleh bantu?"
Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.
"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah".
Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.
"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut.
Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya "Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu."
Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim. Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini."
Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.
"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".
"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu"
"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat".
"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar".
"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi".
"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka"
Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR! Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya. Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya.
Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat. Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang...
****Tak pasti samada ceretan ini sebuah kisah benar atau tidak cuma terdetik di hati: Ya Allah!! Jadikanlah anak-anakku sehebat kanak-kanak mulia ini, amiiiinnnnn
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Aku jumpe crite ni dlm blog seorang kounsler..saje2 bace posting die..then aku tertarik dgn criter neh...best!!!1000 bintang aku kasik
Tuesday, July 13, 2010
Ahaks...My Cute Mirza tHe MarsmellOW sKRg daH panDai GunE hEnpon @ Ape jer Yg MAcaM heNPon...Remote TV pun BoleH jeR...kdG2..BroadBand Aku Pun Die Wat CAm HeNPon...PasTU Mulut Duk Sebut Dedi..Dedi...BiLe DedI dIE tePon seNYAp LAk xnaK CakAp...DedI jEr sOraNG2 Duk PanGGIL Name Die...
My HerO daH DapAT KakI..One Step..Two STeP..DeBUk...huHuHu...berDiri balik...Go Go GO maRSHMellow..yOu Can DO It...tp BagUs La MirZa ni...DaH Jatuh PuN XnanGIs...SengiH Jer..
Ni HobI Baru SI teTOt ni..SelONgkAr BeG mAMi...SenYAP2 iNGaT doK Buat aPer..GhuPENye Duk MenYeLoNGKar...geWAN tUl...bile marah kang..PAnDAi laK merAJuK..TekuP Muka aTaS lAnTai...ahaKs..
Monday, May 03, 2010
Hari yang serba xkena
Nape la aku arini..rase cam tersisih jer…serba xkena rasenye arini…rase cam nak menjerit kuat2…nak wat luahan perasaan…ntah la..dah la hubby dah sign on smlm..tinggal la aku dgn mirza…daddy!!!mummy and mirza miss u much…huhuhuhu…arap2 aku kuat la
cian tetot mummy ni…baru je manje2 dgn daddy..dah kene tinggal…nak wat cam ner kan sayang…dah kije daddy camtu…banjir jugak la aku smlm…dah la duk kat open sea nanti…ntah ade line ke tidak la kat tgh laut tu…aduyai…yang pasti mummy n mirza will miss daddy soooo much…
Tuesday, March 09, 2010
Abi @ home
Huh…penat aku semalam…kemas umah…abi nak balik punye pasal…ngeh ngeh ngeh…berjurus solahaboh la aku ni kan…abi nak balik baru nak kemas…
Ni duk pk camner nak ubah suai bilik tuh…nak letak celah mane la katil Mirza the marshmellow tu…kalu tak letak dalam baby cot tu kang…ade yang duk asyik jatuh katil jer nanti…org tido die bangun nak main…dalam baby cot tu penuh dgn mainan jer…ohoooiiiii…fenin..fenin
Monday, March 01, 2010
Dimana Abi
Dalam damai teratak sepi,
menjelma pertanyaan menyentap hati.
Bermainlah pilu sang isteri,
membelai pipi permata suci...
bridge
Ummi, di manakah abi?
Bergetarlah bibir mencari...
Perlukah, kukisahkan apa yang terjadi...
pada si kecil yang ingin mengerti,
sayang, Abi kekasih ummi,
pergi mencari cinta ILLAHI...
Chorus
Tidurlah sayang
ummi dodoikan
bersama dzikir mendamaikan....
Bangunmu esok
menjadi pejuang
mujahid sepanjang zaman...
Arini aku duk edit prosedur kerja sambil-sambil pasang youtube…rase nak layan lagu2 nasyid lak arini…huhuhu..pas satu lagu, satu lagu aku dgr sampai ke lagu ni….1st time dgr lagu ni rase cam sayu jer..mmg best..kisah yg menarik…terus aku google cr..sape penulis die…alhamdulillah jumpe..mmg best…rase sayu jer…terus terbayangkan abi n mirza…apelah nasib aku n mirza kalu kisah ni terjadi ke atas aku..agaknye aku tak kuat kot..tp ntah la…tp lagu ni mmg best…aku rase nak kasi 10bintang buat penulis lirik dan pencipta lagu ni…
Tuesday, February 16, 2010
PENYU MENANGIS
Anak muda berlagu sayang
Di Batu Remis melepas rindu
Adik ketawa di Rantau Abang
Penyu menangis siapalah tahu (2X)
Sesak nafasnya sesak
(Tak tahu adik tak tahu)
Sebak dadanya sebak
(Tak tahu adik tak tahu)
Bengkak jantungnya bengkak
(Tak tahu adik tak tahu)
Retak hatinya retak
(Tak tahu adik tak tahu)
Lenyap ditelan derauan ombak
Telur penawar hatinya lebur
Tumpah air matanya melimpah ruah
Agar terhibur adik terhibur
Anak muda berlagu sayang
Di Batu Remis melepas rindu
Adik ketawa di Rantau Abang
Penyu menangis siapalah tahu (2X)
Kelabu matanya kelabu
(Tak tahu adik tak tahu)
Sendu tangisnya sendu
(Tak tahu adik tak tahu)
Sayu jiwanya sayu
(Tak tahu adik tak tahu)
Layu langkahnya layu
(Tak tahu abang tak tahu)
Irik lagu ni betul2 simbolek sungguh…org nampak jer kite ni happy kan…ketawa gembira…kire cam happy sokmo…tp perasaan kite kat dalam ni sape tau…air mata ku tumpah di dalam hati…huwaaaaa…nak ku luah terasa perit..nak ku telan..aku yang terluka…dari aku lukakan perasaan orang lain…biarlah aku yang terluka….
Wednesday, January 27, 2010
Sedih…ape ek
Hari ini aku tak tau nak kate camner perasaan aku…smlm br wat urine test…positif…walaupun mirza baru 6bln…tp aku tak kesah kalau aku mengandung lg…tp…tup tup arini aku bleading…OMG…tuhan..berikan aku kekuatan…


